ANKARA: Arab Saudi, Maghribi dan Mesir pada Sabtu menggesa supaya satu gencatan senjata dengan kadar segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel, menurut Agensi Anadolu.
"Isu Palestin kekal sebagai satu keutamaan bagi umat Islam, mencerminkan suara masyarakat Islam dalam menyokong saudara mereka di Palestin bagi memastikan mereka mempunyai akses terhadap hak mereka, " kata Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan bin Abdullah Al Saud di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ke-15 yang berlangsung di ibu negara Gambia, Banjul.
"Sejak serangan dilancarkan, Kerajaan Arab Saudi telah bekerjasama dengan sejumlah pihak dan negara untuk melindungi penduduk Gaza.
"Serangan Israel masih berterusan malah ditingkatkan terhadap orang awam, hospital, sekolah dan prasarana, mengakibat ribuan penduduk menjadi mangsa," kata menteri itu.
Beliau berkata Arab Saudi menegaskan permintaannya supaya satu gencatan sejata segera dan berkekalan di Gaza dapat dilaksanakan dan mengulangi gesaan supaya laluan selamat disediakan untuk mengurangkan penderitaan rakyat Palestin.
Raja Maghribi Raja Mohammed VI dalam titahnya menzahirkan gesaan baginda supaya serangan berterusan ke atas Gaza yang tidak pernah berlaku sebelum ini dihentikan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan sampai ke seluruh Gaza.
"Kami menegaskan permintaan kami supaya serangan berterusan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dihentikan dengan segera, dalam jangka masa panjang dan menyeluruh untuk membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan di seluruh Semenanjung Gaza.
"Hati kami luka dan berdarah di atas serangan kejam ke atas Gaza yang menempatkan warga Palestin dalam keadaan yang amat berbahaya, yang memalukan kemanusiaan," titah Raja Mohammed.
Raja Mohammed bertitah:"Apa yang memburukkan lagi keadaan ialah peningkatan serangan daripada pelampau dalam kalangan peneroka Israel di Tebing Barat di bawah naungan pegawai Kerajaan Israel."
Dalam titah baginda, Raja Mohammed meminta tindakan unilateral dan menyalahi undang-undang Israel menyasarkan wilayah Palestin yang diduduki termasuk Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa dengan tujuan untuk mengubah status kebudayaan dan perundangan Baitulmuqaddis, dihentikan.
Anadolu melaporkan Raja Mohammed menegaskan penolakan baginda terhadap semua bentuk pengusiran secara paksa, hukuman secara kolektif dan tindak balas terhadap rakyat Palestin.
Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry pula memberi amaran bahawa penolakan Israel terhadap keamanan akan mengheret keseluruhan rantau ini dalam ancaman yang tidak pernah dihadapi sebelum ini.
Shoukry menggesa pelaksanaan keputusan Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya gencatan senjata dilaksanakan dengan segera di Gaza,selain daripada memudahkan penghantaran bantuan kemanusian ke sana.
"Mesir memberi amaran sekeras-kerasnya terhadap percubaan Israel untuk menawan Rafah, penempatan terakhir 1.5 juta pelarian Palestin," katanya.
Beliau meminta satu pendirian tegas terhadap ilusi menyelesaikan isu Palestin menerusi pengusiran secara paksa warga Palestin dari Tebing Barat dan Gaza, diambil.
Beliau menegaskan tiada alternatif kepada penubuhan sebuah negara Palestin merdeka mengikut sempadan pada 4 Jun 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya dengan resolusi antarabangsa yang sah bagi memastikan kestabilan di Asia Barat.
Shoukry berkata:"Barangkali dengan peluasan skop semasa konflik di Laut Merah dan rantau ini merupakan petunjuk terbaik bahawa pendekatan Israel menolak keamanan akan mengheret keseluruahn rantau ini kepada ancaman yang tidak pernah dialami sebelum ini."
Sidang Kemuncak OIC bermula pada Sabtu di Banjul, Gambia.
Persidangan selama dua hari itu dengan tema "Meningkatkan Perpaduan dan Solidariti menerusi Dialog untuk Pembangunan Mampan" bagi menangani isu global terutamanya keadaan di Palestin dan serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza yang telah mengorbankan lebih 34,600 orang.
Pada persidangan itu tiga dokumen utama - draf resolusi Palestin, draf kenyataan Banjul dan draf dokumen akhir akan dibawa kepada Majlis Menteri Luar dan seterusnya dibincangkan dalam sidang kemuncak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
Sejak serangan dilancarkan, Kerajaan Arab Saudi telah bekerjasama dengan sejumlah pihak dan negara untuk melindungi penduduk Gaza. - Foto AP
Ribuan warga Paris berhimpun, bantah kekejaman Zionis
Di Paris, ribuan penunjuk perasaan berkumpul pada petang Isnin untuk membantah serangan terkutuk tentera Israel di Gaza.
Protes tersebut memaksa pihak polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan.
Protes tersebut memaksa pihak polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan.
Ratusan warga New York berhimpun, protes tindakan Israel
Ratusan penunjuk perasaan pro-Palestin pada Isnin berarak dalam keadaan hujan di New York City, menyuarakan kemarahan selepas serangan udara Israel mencetuskan kebakaran yang mengorbankan 45 orang di kem khemah di bandar Rafah di Gaza.
Selepas berarak di sepanjang bandar, kesemua mereka berkumpul di bawah payung mereka di Taman Zuccotti dan melaungkan, "Penentangan adalah wajar apabila rakyat dijajah."
Selepas berarak di sepanjang bandar, kesemua mereka berkumpul di bawah payung mereka di Taman Zuccotti dan melaungkan, "Penentangan adalah wajar apabila rakyat dijajah."
Rakyat Tunisia berhimpun, bantah kekejaman rejim Israel
Ratusan rakyat Tunisia di Tunis pada Isnin mengutuk serangan Israel ke atas Rafah yang telah membunuh 45 rakyat Palestin dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.
Israel tidak tahu malu
Serangan rejim Zionis ke atas Rafah pada Ahad lalu jelas menunjukkan kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu ingkar keputusan Mahkamah Dunia.
Menurut pemimpin kanan Hamas, Osama Hamdan, dakwaan yang dibuat rejim terkutuk itu mengenai lelaki bersenjata yang kononnya berada di lokasi serangan di Rafah adalah 'tidak tahu malu'.
Menurut pemimpin kanan Hamas, Osama Hamdan, dakwaan yang dibuat rejim terkutuk itu mengenai lelaki bersenjata yang kononnya berada di lokasi serangan di Rafah adalah 'tidak tahu malu'.
Setiausaha Agung PBB kecam serangan Israel di Rafah
Guterres berkata, tiada tempat yang selamat di Gaza dan insiden ngeri ini mesti dihentikan segera.
EU kecam Israel langgar keputusan ICJ
Ketua dasar luar blok Kesatuan Eropah (EU), Joseph Borrell Borrell mengecam keras Israel yang bertindak meneruskan serangan ketenteraan di selatan Gaza walaupun keputusan mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah pun dikeluarkan.
Setiausaha Agung PBB kecam serangan Israel di Rafah
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk pengeboman Israel ke atas kem pemindahan Rafah.
[TERKINI] Serangan ke atas Rafah satu kesilapan tak diduga - Netanyahu
Tersilap.... Itu yang diakui Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu selepas rejim Zionis melakukan serangan udara di Rafah, selatan Gaza yang mengorbankan puluhan nyawa rakyat Palestin.
'Serangan ke atas Rafah satu kesilapan tragis' - Netanyahu
Netanyahu berkata serangan itu tidak bertujuan untuk menyebabkan kematian terhadap orang awam dan perkara itu akan disiasat.
NATO tetap komited elak pertembungan langsung dengan Rusia berhubung Ukraine
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tetap komited untuk mengelakkan pertembungan langsung dengan Rusia berhubung Ukraine dan ini kekal sebagai matlamat utama.
Penyelesaian dua negara mesti dikekalkan - Arab Saudi
Putera Faisal menegaskan bahawa penyelesaian ini seharusnya menjadi keutamaan semua pihak, termasuk Israel.
Malaysia jadi negara pertama peroleh Tasreh operasi 20 ambulans
Malaysia jadi negara pertama berjaya mendapat permit menjalankan operasi ambulans untuk jemaah haji di Jeddah, Mekah dan Madinah.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Arab Saudi nasihat umat Islam tidak terpedaya iklan palsu haji di media sosial
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi pada Isnin menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa haji tidak sah
Pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Haji: Jemaah Malaysia diingat jaga nama baik negara, patuh peraturan baharu Saudi
Roslan berkata, dikenakan penalti dan pengusiran itu adalah selaras dengan peraturan baharu untuk musim haji tahun ini.
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.